KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MSSPP 2012

Pada 03 hingga 09 Mac 2012 yang lepas telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga MSSPP Zon Barat Daya. Kejohanan olahraga pada tahun ini telah diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Westland untuk acara lontar peluru manakala untuk acara yang lain telah diadakan di Stadium USM. Seramai 38 orang pelajar telah mewakili SMK Teluk Bahang dalam 10 acara. Acara yang telah disertai seperti 100m, 200m, 400m, 800m, 1500m, lompat jauh, lontar peluru lompat tinggi 4X100m dan 4X400m. Pada tahun ini pelajar-pelajar telah berjaya memperoleh keputusan yang amat membanggakan dengan memperolehi 7 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Berikut adalah keputusan penuh:

KEPUTUSAN KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MSSPP 2012

EMAS — 100 Meter L2 : Muhammad Shukri Bin Amiruddin

EMAS — Lompat Kijang L2 : Muhammad Shukri Bin Amiruddin

EMAS — 4X100 Meter L2 :  1.Muhammad Shukri Bin Amiruddin

2.Mohd Syafiq Adha Noor Suwardi

3.Mohamad Hizir Bin Jamil

4.Muhammad Nur Kaswira

5.Muhammad Shafieqal lqmadullah 6.Mohamad Anas Bin Shahar

EMAS — 800 Meter L1 : Kushaalz A/L Arunasalam

EMAS — 1500 Meter L1 : Kushaalz A/L Arunasalam

EMAS — 5000 Meter L1 : Kushaalz A/L Arunasalam

EMAS — Lompat Kijang P2 : Noor Hazwani Mohd Jaafar

PERAK — Lompat Jauh L2 : Muhammad Shukri Bin Amiruddin

PERAK - 200 Meter : Muhammad Nur Kaswira

GANGSA — 4X400 Meter L2 : 1.Muhammad Shukri Bin Amiruddin 2.Mohd Syafiq Adha Noor Suwardi 3.Mohamad Hizir Bin Jamil 4.Muhammad Nur Kaswira 5.Muhammad Shafieqal lqmadullah 6.Mohamad Anas Bin Shahar

GANGSA — MEREJAM LEMBING P1 : Aida Damia Binti Mohd Razali

TERBAIK ATLET MENENGAH RENDAH BAGI SMKTBG : Muhammad Shukri Bin Amiruddin

(3 EMAS, 1 PERAK, 1 GANGSA : Berjaya memperoleh pingat dalam semua acara yang disertai)

TERBAIK ATLET MENENGAH ATAS BAGI SMKTBG : Kushaalz A/L Arunasalam (3 EMAS)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan diharapkan pencapaian atlit olahraga akan terus ditingkatkan pada masa depan.

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225655
TodayToday218
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5077
This MonthThis Month31674
All DaysAll Days3225655
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.