Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah Sukan 2012

Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah Sukan 2012 peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat, 30 Mac, 2012 mulai pukul 8.30 pagi. Acara larian telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang,En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh.

Semua pelajar adalah layak untuk menyertai acara ini bagi mewakili Rumah Sukan masing-masing. Terdapat empat kagetori dalam acara ini iaitu: Lelaki Bawah 18 Tahun, Lelaki Bawah 15 Tahun, Perempuan Bawah 18 Tahun dan Perempuan Bawah 15 Tahun. Peserta lelaki (bawah 18 dan 15 tahun) akan berlari sejauh 5 km manakala peserta perempuan (bawah 18 dan 15 tahun) juga akan berlari sejauh 4 km.

Empat rumah pasukan telah bertanding dalam mewakili rumah sukan masing-masing dan pemenang tempat pertama telah dimenangi oleh  Rumah Nilam dengan memperolehi mata sebanyak 254 mata,tempat kedua Rumah Zamrud dengan memperolehi mata sebanyak 212 mata,tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Delima dengan memperolehi 191 mata, manakala Rumah Mutiara memperolehi sebanyak 183 mata.

Hadiah  kepada sepuluh pemenang pertama bagi setiap kategori iaitu dengan menerima piala beserta sijil dan dua puluh tempat pertama mendapat sijil penyertaan telah disampaikan oleh tuan pengetua SMK Teluk Bahang.

Syabas dan tahniah kepada pemenang, peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan merentas desa pada tahun ini.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132169
TodayToday74
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week4930
This MonthThis Month28712
All DaysAll Days3132169
54.156.42.165

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.