MAJLIS PELANCARAN BULAN SIVIK 2012

LAPORAN DARI: Puan Norhafizah Binti Mohamad

Alhamdulillah pada 9/4/2012 Majlis Perasmian Bulan Sivik 2012 telah berjaya dirasmikan oleh Puan Zaleha Binti Abdul Rahman, Penolong Kanan Pentadbiran di Dataran Tuan Hj. Abdul Malek, SMK Teluk Bahang.

Bulan Sivik diadakan bertujuan untuk membentuk jati diri dalam mencari identiti diri ke arah pencapaian matlamat hidup yang cemerlang untuk agama, bangsa dan negara. Diantara aktiviti yabg diadakan sepanjang pelancaran Bulan Sivik 2012:

1) Persembahan peragaan pakaian tradisional masyarakat Malaysia yang diperagakan oleh peragawan dan peragawati SMKTBG. Antara pakaian yang telah diperagakan:

a) Jubah & Kaftan
b) Baju Kurung dan Baju Kedah
c) Baju Melayu
d) Baju Kebaya
e) Pakaian Songket dan Sarung
f) Pakaian Kaum Cina
g) Pakaian Kaum India

2) Persembahan berbalas pantun yang bertemakan kesedaran sivik dan nilai murni.

3) Persembahan nyanyian lagu-lagu rakyat.

Di sepanjang ini, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai permainan tradisional seperti permainan galah panjang, teng-teng, congkak, guli, batu seremban dan lompat getah sewaktu proses P&P berlangsung. Jualan pelbagai menu makanan tradisional dan kuih tradisional seperti kuih siput, dodol, kuih karas, kuih sepit dan sebagainya..tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227488
TodayToday813
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6910
This MonthThis Month33507
All DaysAll Days3227488
54.162.139.105

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.