PROGRAM “ADIKKU SAYANG 1 MALAYSIA” 2012

LAPORAN DARI: CIK YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Tarikh : 4 APRIL 2012

Tempat : Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

Anjuran: Mahasiswa USM di bawah Rancangan Khidmat Masyarakat

Guru Pengiring : 1) Ustazah Nooradillah Bt. Hashim

2) Cik Noor Yazmira Bt. Ismail

SMK Teluk Bahang merupakan sekolah angkat kepada USM,Pulau Pinang. Untuk meraikan peluang tersebut, pihak Mahasiswa USM di bawah Rancangan Khidmat Masyarakat telah menyediakan satu program yang istimewa untuk pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang. Seramai 40 pelajar dipilih untuk menyertai program tersebut yang menerapkan ciri-ciri kepimpinan dan memberi peluang kepada para pelajar merasai kehidupan sebenar sebagai pelajar universiti. Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah Pulau Impian, Sukaneka, Muhasabah Diri dan sebagainya. Para pelajar juga telah dibawa melawat sekitar kawasan kampus dan merasai pengalaman belajar di dalam bilik kuliah. Majlis Penutupan Program Adikku Sayang telah dirasmikan oleh PK HEM SMK Teluk Bahang; Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff.

Sekalung penghargaan diberikan kepada barisan Mahasiswa USM yang sudi mengadakan program tersebut selama 2 hari 1 malam. Banyak pengalaman menarik yang para pelajar dapat dan boleh dijadikan sebagai satu motivasi untuk mereka menanam azam yang tinggi untuk memasuki universiti. Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Adillah yang menjadi guru pengiring untuk program kali ini. InsyaAllah menara gading menjadi impian anak-anak Teluk Bahang.

~AL MADRASATI HABIBATI~


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225655
TodayToday218
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5077
This MonthThis Month31674
All DaysAll Days3225655
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.