LAWATAN PROGRAM INFORMASI PENDIDIKAN DAN KERJAYA 2012

LAPORAN DARI: CIK YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Tarikh : 16 APRIL 2012

Tempat : Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Anjuran : Majlis Guru Kaunseling Peringkat Negeri Pulau Pinang

Guru Pengiring Tingkatan 5 :

1) Ustaz Zainul Akramin B. Mohd Salim

2) Sir Ashwin A/L Thiren

3) Cik Noor Yazmira Bt. Ismail

Guru Pengiring Tingkatan 4 :

1) En. Mohd Zaidi Bin Abdullah

2) Cik Nurrozaimie Zainoddin

3) En. Shahrul Amri Bin Mohamad

 

Alhamdulillah.. Satu pengalaman menarik hari ini; membawa 75 pelajar ke Program Informasi Pendidikan dan Kerjaya. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan pelbagai informasi berkaitan dunia pendidikan. Terdapat pelbagai gerai daripada IPTA/IPTS serta Institut Kemahiran yang bersedia menerangkan tentang program-program menarik yang ditawarkan di tempat pengajian masing-masing. Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah Kuiz Kerjaya, Pameran Pendidikan, Seminar Kerjaya, Ujian Personaliti dan pelbagai inventori lain yang sangat menarik. Gerai Majlis Guru Kaunseling Peringkat Negeri pula menyediakan peluang khidmat nasihat dan bimbingan kepada para pelajar yang ingin mendapatkan nasihat berkaitan masalah pembelajaran seperti kemahiran mencatat nota, pengurusan masa dan pengurusan stress.

Pada 16.4.2012 semua pelajar tingkatan 5 SMK Teluk Bahang telah berpeluang ke program ini manakala pada 19.4.2012 pula, semua pelajar tingkatan 4 akan berpeluang ke program tersebut. Program selama 4 hari ini akan menghimpunkan seluruh pelajar tingkatan 5 daripada semua sekolah menengah di Negeri Pulau Pinang.

Diharapkan program ini akan dapat membantu para pelajar untuk merancang peluang pendidikan yang ingin diceburi mengikut minat masing-masing dan secara tidak langsung dapat menguatkan semangat untuk belajar dengan lebih gigih bagi mencapai cita-cita. InsyaAllah…

~AL MADRASATI HABIBATI~

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227406
TodayToday731
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6828
This MonthThis Month33425
All DaysAll Days3227406
54.224.102.26

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.