Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri 2012

Tarikh : 18 APRIL 2012
Tempat : SMK Teluk Bahang, Pulau Pinang

Majlis Tilawah Al-Quran bagi tahun 2012 peringkat negeri telah berlangsung dengan gilang- gemilang di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang selaku tuan rumah. Seluruh warga sekolah berasa amat bangga di atas kepercayaan yang diberikan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang selaku tuan rumah bagi mengelola dan menjayakan majlis tersebut.

Semua peserta yang terlibat lebih kurang seramai 70 orang pelajar yang mewakili lima buah daerah-daerah pelajaran iaitu daripada Daerah Barat Daya, Daerah Timur Laut, Daerah Seberang Perai Utara,Daerah Seberang Perai Selatan dan Daerah Seberang Perai Tengah. Kesemua peserta yang terlibat telah mempamerkan persembahan yang terbaik dan mengkagumkan hadirin dan hadirat.

Semua warga sekolah telah berusaha membuat persiapan yang terbaik bagi menjayakan majlis tersebut. Guru-guru, pelajar-pelajar dan seluruh staf sekolah bertungkus-lumus memastikan semua lokasi pertandingan dan kawasan pertandingan sedia digunakan tanpa sebarang masalah semasa pertandingan berlangsung. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.


Pertandingan dimulakan lebih kurang pada pukul 9.00 pagi dan selesai sepenuhnya lebih kurang pada pukul 12.00 tengahari. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Pihak sekolah amat berharap agar peserta-peserta yang bakal mewakili negeri akan membuat persiapan yang terbaik bagi merangkul kejayaan diperingkat kebangsaan. Pulau Pinang ! PASTI BOLEH !

Akhir sekali, terima kasih banyak kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut. Tahniah khususnya kepada Encik Abd. Nasir Bin Haji Salleh selaku pengetua SMK Teluk Bahang di atas sokongan dan idea beliau dalam memastikan majlis tersebut dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Kerjasama tuan/puan dalam majlis tersebut mempamerkan "team work" kita dalam menjayakan sesuatu program. Tahniah sekali lagi.


SMK Teluk Bahang "End Of The World"
Jauh Di mata, Dekat di hati

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227396
TodayToday721
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6818
This MonthThis Month33415
All DaysAll Days3227396
54.224.102.26

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.