KEBAJIKAN & PENYAYANG (3)

LAPORAN DARI: CIK YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 24 Mei 2012

Setiap manusia itu akan diuji dengan tahap kemampuan masing-masing. Itulah antara yang sedang berlaku kepada salah seorang warga SMKTBG iaitu pelajar bernama Mohd Farhan B. Mohd Fiteri dari tingkatan 3 Brigadier yang sedang terlantar di hospital kerana menghidapi penyakit paru-paru. Beliau telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali. Beberapa guru wakil daripada Unit Kebajikan dan Penyayang SMKTBG iaitu Ustaz Azuan, Ustazah Nooradillah, Cg Norita dan Cg Yazmira telah berkesempatan menziarahi pelajar tersebut di Hospital Pulau Pinang. Ketika ditemui, ibunya setia berada disisi anaknya untuk memberi sokongan agar kuat semangat untuk menghadapinya. Sedikit sumbangan berbentuk wang telah disampaikan kepada ibunya bagi meringankan beban kos perubatan pelajar tersebut. Sumbangan wang tersebut adalah hasil daripada derma seikhlas hati daripada semua warga IQRA khususnya guru-guru dan para pelajar. PIhak sekolah mendoakan agar Mohd Farhan cepat sembuh dan kuat semangat untuk pulih. Terima kasih kepada warga IQRA yang sudi menghulurkan bantuan. Semoga Allah limpahkan rahmat rezeki untuk kita semua. Insyaallah…

~AL MADRASATI HABIBATI~