KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN IQRA 2012 KALI KE-11

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN IQRA 2012 KALI KE-11


Temasya Sukan Sekolah telah diadakan pada 30 Jun 2012 yang lalu dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua En. Abdul Nasir Bin Haji Salleh.

Seperti tahun yang sudah peserta dari 4 buah rumah sukan telah beraksi iaitu rumah MUTIARA, NILAM, DELIMA dan ZAMRUD.

Sepanjang tahun ini guru-guru dan peserta bertungkus lumus membuat persiapan bagi memastikan acara ini dapat dijalankan dengan lancar dan meriah. Sepanjang tahun ini sukantara  telah dijalankan di sekolah untuk mengumpul mata rumah sukan masing-masing.

Antara acara yang telah dijalankan ialah merentas desa, lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi, lontar peluru dan acara balapan. Acara sukaneka yang dipertandingkan pula ialah tarik tali.

Guru-guru rumah sukan juga tidak kurang sibuknya, melatih dan membuat hiasan rumah sukan masing-masing. Rumah NILAM telah dinobatkan sebagai Rumah Tercantik pada temasya kali ini dan rumah NILAM juga diisytiharkan sebagai juara keseluruhan.

Tahniah kepada semua pemenang dan setinggi ucapan jutaan terima kasih buat semua yang telah bertungkus-lumus dan bersatu mengembeling tenaga bagi melancarkan temasya sukan kali ini.

Tahniah kepada pasukan rumah NILAM yang diketuai oleh Cikgu Pn. Noraila Nik Lah kerana telah menjuari Sukan Tahunan 2012.


Berikut adalah keputusan penuh:

 


HIASAN RUMAH MERENTAS DESA BALAPAN DAN PADANG JUMLAH MATA MATA KEJOHANAN PERBARISAN DAN HIASAN RUMAH


NILAM 225 254 119 598 112 486
DELIMA 208 191 80 479 102 377
ZAMRUD 240 212 86 538 75 463
MUTIARA 258 183 110 551 87 464

 

ANUGERAH OLAHRAGAWAN  : KUSHAALZ A/L ARUNASALAM

ANUGERAH OLAHRAGAWATI : HANIS NAJWA BT MOHD KHIR