PROGRAM SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 2012

Laporan dari :

Cik Nurrozaimie Zainoddin

Tepat pukul 7.30 pagi 10 Julai 2012 (Rabu) seluruh warga IQRA berkumpul di Dataran Tn. Hj. Abd. Malek dengan lengkap berpakaian sukan untuk bersama-sama menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi melancarkan program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan. Dasar 1 Murid 1 Sukan telah mewajibkan setiap seorang murid cergas dengan 1 sukan yang disertai. Demi merealisasikan dasar tersebut, pada pagi yang dianugerahkan cuaca baik itu serta badan yang sihat warga IQRA dapat bersenamrobik beramai-ramai. Senaman dimulakan dengan pemanasan badan dan kemudian senamrobik yang diketuai oleh jurulatih Cikgu Zaidi Abdullah dan bersama-samanya adalah guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta guru-guru lain. Sepanjang lebih sejam bersenam, murid-murid cergas bergerak mengikut muzik dan kelihatan ceria walaupun letih dan berpeluh. Selain menggalakkan murid aktif dalam bersukan, sukan juga boleh dijadikan sebagai kaedah perpaduan kaum. Perkara paling penting adalah badan yang sihat melahirkan minda cerdas. Majlis diakhiri dengan pelancaran Penutupan Majlis oleh Ustaz Yusuf Bin Bukhari, wakil dari Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

 

 

 



Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260495
TodayToday285
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1031
This MonthThis Month25560
All DaysAll Days3260495
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.