Hari Pemuafakatan IQRA 2012

Alhamdulillah 11/7/2012  semalam  merupakan HARI PEMUAFAKATAN IQRA antara guru dan waris bagi mengambil keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2012. Dalam perjumpaan tersebut turut diadakan sesi taklimat Pembelajaran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada waris tingkatan 1,3 dan 5 telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, En. Abdul Nasir Bin Haji Salleh. Turut dihadiri wakil PROSA SMK Teluk Bahang iaitu Al-Fadhil Ustaz Yusuf Bin Bukhari, pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Alhamdulillah ramai waris yang prihatin sangup hadir demi anak-anak mereka walaupun kesibukan bekerja dan keadaan cuaca yang tidak menentu. Ada yang terpaksa minta kebenaran keluar malah ada yang ambil cuti demi memastikan kebajikan anak-anak mereka terjaga. Namun begitu ada juga yang tidak dapat hadirkan diri atas sebab tertentu. Para waris masih boleh berjumpa guru kelas untuk mengetahui hal ehwal anak-anak jika tidak dapat hadir pada hari tersebut.