MAJLIS PELANCARAN PROGRAM HILAL RAMADHAN 2012 M/1433 H

LAPORAN DARI: CIK YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 23 Julai 2012 / 3 Ramadan 1433H

Tempat : Dataran Tn. Hj. Abdul Malik

Anjuran: Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling

 

ISTIMEWANYA RAMADHAN…Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi menjenguk kita. Inilah musim di mana amal ibadah dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas yang akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada ALLAH Taala. Bulan ini juga ALLAH Taala membuka seluas luasnya pintu kebaikan kepada hamba-hambaNya kerana Ramadhan ialah bulan limpahan ganjaran pahala yang penuh dengan kebaikan. Nabi Muhammad S.A.W menyatakan kelebihan bulan ini melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud :

“Apabila tibanya Ramadhan dibukakan pintu-pintu syurga maka tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu”. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

 

Alhamdulillah, pada 23 Julai yang lalu SMK Teluk Bahang telah melancarkan satu program iaitu Program Hilal Ramadhan yang bertemakan “PUASA MEMBENTUK PERIBADI MUSLIM CEMERLANG” dan mempunyai beberapa objektif.

Antaranya :

a. untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan program-program yang dapat meningkatkan

amal ibadah dan penghayatan Islam dalam kalangan warga sekolah.

 

b. menyediakan kemudahan kepada seluruh warga sekolah untuk sama-sama merebut segala

kelebihan yang terkandung dalam bulan Ramadhan.

 

c. membentuk kesedaran peribadi agar lebih berdisiplin dan bersahsiah tinggi dalam kalangan

pelajar sekolah.

Antara aktiviti-aktiviti yang dirancang sepanjang program pada bulan Ramadhan :

Bil.

Aktiviti-Aktiviti sepanjang Ramadhan

1.

Perasmian ringkas bulan Ramadhan

2.

Buletin ‘Sinar Ramadhan’

3.

Ceramah Nuzul Al-Quran

4.

Ceramah “Adab Menyambut Aidilfitri Menurut Islam”

5.

Semanis Kurma

6.

Tayangan/Ulasan Ringkas

Pertandingan Puzzle/Teka Silangkata

7.

Tadarus Al-Quran

8.

Solat Sunat Dhuha

9.

KULMIT (Kuliah 5 Minit) Bersama Tn. Pengetua

10.

Kembara BersamaMu Warga Teluk Bahang

11.

Key Chain Ramadhan

12.

Kutipan derma dalam bentuk wang / bahan asasi makanan untuk sumbangan anak yatim/miskin

Tentatif Pelancaran Program Hilal Ramadhan :

*Ucapan Alu-luan Pengerusi Majlis

*Bacaan Doa oleh : Mohd Saiful B. Ibrahim (3 Brigadier)

*Alunan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Khairool Husaini B. Husin (3 Kapten)

*Semanis Kurma oleh Nur Natrah Bt. Yacob (4 Kolonel)

*Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam : Ustaz Zainul Akramin B. Mohd Salim

*Ucapan Tn. Pengetua : En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh

*Pelancaran Gimik Perasmian (meletakkan tanda larangan pada replika makanan sebagai

simbolik dilarang makan dan minum pada bulan puasa.

*Penyampaian Ole-Ole Ramadhan kepada anak yatim

*Penyampaian cenderahati kepada guru-guru.

SEMARAK MEWANGI KUNTUM KEMBOJA,

MEKAR BERKEMBANG DIPERSADA IBUNDA,

PEMIMPIN MUDA DI ASAH MINDANYA,

PROGRAM HILAL RAMADHAN TAPAK BERMULA.

 

Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan. Harapan semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak khususnya warga SMK Teluk Bahang. Terima kasih diucapkan kepada barisan AJK pelaksana Program Hilal Ramadhan yang telah menyumbang dan bakal menyumbang idea, usaha dan tenaga dalam menjayakan program ini. Semoga dirahmati ALLAH.

Ramadhan…Awalnya adalah rahmat, pertengahan adalah keampunan dan penghujungnya adalah perlepasan dari azab api neraka.

 

~AL MADRASATI HABIBATI~