MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN CERAMAH CAHAYA AIDILFITRI 2012

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 15 Ogos 2012

Tempat : Bilik Persidangan SMK Teluk Bahang

Anjuran: Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan & Kaunseling

Alhamdulillah..Segala Puji Bagi Allah..

Tarikh 15 Ogos 2012 merupakan hari terakhir persekolahan dalam bulan Ramadhan. Oleh itu sebagai pengisian untuk menyambut Aidilfitri, maka pihak sekolah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Ceramah Cahaya Adilfitri dengan tajuk ”Cara Menyambut Aidilfitri Menurut Islam”. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Shafirul Iman B. Haji Fisol. Antara perkara yang disampaikan adalah tentang perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan pada pagi 1 Syawal.

Selain itu, pemberian sumbangan Ole-Ole Ramadhan turut diadakan. Seramai 30 orang pelajar telah menerima sumbangan dalam bentuk bahan makanan asas seperti beras, tepung, minyak dan pelbagai bahan makanan yang boleh digunakan untuk menyambut Aidilfitri.

Majlis pada hari ini berakhir dengan ”Salam Ukhwah” di antara guru-guru dan para pelajar serta ucapan Selamat Hari Raya.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga sekolah serta penderma-penderma sumbangan seikhlas hati yang telah banyak membantu menjayakan pelbagai program sepanjang Ramadhan kali ini. Semoga usaha kita mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah Taala. InsyaAllah..

Hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi DUGAAN dan berpeganglah kepada ajaran Tuhan walau DIA tak kelihatan.
Bukti kasihNYA,kita wujud di dunia pinjaman..ucaplah ALHAMDULILLAH dengan penuh kesyukuran..... ~


Salam Aidilfitri
Maaf Zahir&Batin

~SYAWAL MULIA~

 



Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260498
TodayToday288
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1034
This MonthThis Month25563
All DaysAll Days3260498
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.