SAMBUTAN AIDILFITRI 2012

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

Tarikh : 8 September 2012

Tempat : Dataran Tn. Hj. Abdul Malek, SMK Teluk Bahang


SELAMAT HARI RAYA...

Bagi meraikan Aidilfitri, SMK Teluk Bahang telah mengadakan satu majlis sambutan hari raya untuk semua warga sekolah. Suasana begitu meriah sekali dengan kerjasama guru-guru dan para pelajar yang membawa pelbagai juadah seperti kuih raya, kek, bihun dan sebagainya. Pihak sekolah telah menyediakan juadah khusus untuk para pelajar iaitu nasi goreng kampung, bihun, tembikai dan air sarsi. Pelbagai fesyen dan warna pakaian digayakan pada hari tersebut. Semoga majlis ini menjadi program tahunan dalam usaha mengeratkan hubungan baik di antara satu sama lain. InsyaAllah...



Salam Aidilfitri
Maaf Zahir&Batin

~SYAWAL MULIA~