MAJLIS PENYAMPAIAN ALAT TULIS DAN CERAMAH MOTIVASI DIRI UNTUK PELAJAR PMR & SPM 2012

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 5 Oktober 2012

Tempat : Surau SMK Teluk Bahang

Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling

 

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Sebelum para pelajar PMR dan SPM berjuang dalam peperiksaan masing-masing, pihak sekolah berhasrat untuk memberi sedikit ole-ole dan sokongan motivasi kepada mereka dan alhamdulillah satu majlis ceramah motivasi telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh pelajar 3 Leftenan, Mohd Danial Fahmi. Kemudian diteruskan lagi dengan kata-kata motivasi oleh Tn Pengetua dan ceramah motivasi diri pada hari tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Yusof B. Bahari, Pegawai JPN P.Pinang. 10 tips kejayaan cemerlang telah dikongsi sepanjang ceramah tersebut dan para pelajar kelihatan bersemangat dan turut memberi respon positif sepanjang majlis. Pelajar-pelajar PMR juga telah mendengar amanat dan pesanan daripada beberapa guru tingkatan 3 dan mereka juga telah dihidangkan dengan minuman air zam-zam. Majlis pada hari tersebut telah diakhiri dengan laungan kata-kata semangat yang diketuai oleh Cikgu Hidayah dan disahut oleh seluruh warga SMKTBG seterusnya bersalaman dengan guru-guru sekaligus menyampaikan ole-ole alat tulis seperti pensel, pemadam dan kismis.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam majlis ini terutama guru-guru tingkatan 3 yang telah banyak berkorban untuk memastikan pelajar-pelajar PMR bersedia menghadapi peperiksaan PMR. Doa restu mengiringi kalian semua.

~CEMERLANG MILIKKU~