Pada hari ini, Agensi Dadah Kebangsaan telah datang ke sekolah untuk sesi ceramah dan pameran bersempena Minggu Anti Dadah. Ceramah bertajuk Remaja dan Dadah telah disampaikan oleh Encik Muzafar, Pegawai Pemulihan Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Pelajar memberi respon yang positif terhadap penyampaian beliau. Pada akhir sesi, turut diadakan kuiz kepada pelajar-pelajar.

Di tingkat bawah pula, pameran berkaitan dadah turut diadakan. Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk melihat pameran tersebut. Semoga apa yang disampaikan pada hari ini menjadi panduan hidup di masa akan datang.

Pelajar-pelajar melihat pameran