PROGRAM PASCA PMR 2012

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 17 Oktober 2012 - 9 November 2012

Anjuran : Unit Bimbingan&Kaunseling

 

Bertemakan REMAJA PROAKTIF PENCETUS TRANSFORMASI MINDA DINAMIK, satu program telah dirancang dan sedang dilaksanakan. Di samping menggalakkan pelajar lepasan PMR datang keskolah, antara tujuan dan objektif lain adalah untuk :

· Meningkatkan semangat pelajar untuk hadir ke sekolah walaupun telah selesai  menghadapi peperiksaan

.       Memberi pendedahan tentang aliran pengajian yang ditawarkan semasa dalam tingkatan empat

· Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang internet dan teknologi

· Melatih pelajar merancang halatuju akademik selepas tingkatan tiga

· Membincangkan isu-isu semasa untuk meluaslebarkan minda dan pengalaman pelajar.


Berikut adalah aktiviti sepanjang Program Pasca PMR 2012:

1. Taklimat Kemahiran&Kerjaya oleh GIATMARA Balik Pulau&Bukit Bendera

2. Taklimat kemasukan ke SM Teknik&Kolej Vokasional

3. Ceramah Tips Penjagaan Kesihatan Diri

4. Forum Remaja : Ketika Cinta Bertasbih

5. Fun With Math

6. Bengkel Pengurusan Jenazah

7. Pertandingan Istana Pasir, Pantai Teluk Bahang

8. Pertandingan Bowling, Bola Sepak dan Permainan Tradisional

9. Program bersama USM, dengan kerjasama NASA.

10. Taklimat program pengajian ANIMASI 3D oleh Yusry KRU.

Semoga dengan semua perancangan ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat keredhaan daripada Allah Taala dalam melahirkan pelajar-pelajar yang proaktif cemerlang.

~SCHOOL IS FUN~