Salam Takziah Kepada Ustaz Rusdi Dari Warga SMKTBG

 

Seluruh warga SMK Teluk Bahang mengucapkan takziah kepada ustaz Rusdi Bin Mansor atas kehilangan ibunya pada pukul 5.00 pagi hari ini.

Kami seluruh warga sekolah mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Banyakkanlah berdoa dan memohon keampunan baginya semoga Allah mengampunkan segala kesalahan-kesalahannya dan diganjari dengan segala kebaikan.

Pihak pengurusan memohon agar semua guru yang berkelapangan sudi meluangkan masa menziarahi jenazah ibu ustaz Rusdi.


-Al-Fatihah-