KEMERIAHAN PENDAFTARAN TINGKATAN SATU SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013

Tarikh 13 Disember 2013 merupakan tarikh keramat kerana SMK Teluk Bahang menerima pendaftaran seramai 142 orang pelajar sebagai generasi baru ke tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2013. Seawal pukul 8.00 pagi ibubapa dan penjaga pelajar telah berada di tapak pendaftaran iaitu di Dewan Makan Asrama, SMK Teluk Bahang. Majlis pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 1 berlangsung dengan baik.


 

Pelajar-pelajar dan ibubapa menanti giliran untuk didaftarkan oleh guru yang bertugas. Pelbagai persoalan yang bermain di dalam kotak pemikiran pelajar-pelajar yang baru selesai menerima keputusan UPSR yang bakal melangkah ke alam persekolahan menengah bagi sesi 2013. Banyak perkara yang ingin diketahui oleh pelajar-pelajar malah ibubapa dan penjaga pelajar turut berkobar-kobar dengan azam yang membara serta semangat baru untuk memastikan anak-anak mereka mengapai kecemerlangan.

Terdapat dua aliran yang ditawarkan di SMK Teluk Bahang iaitu aliran Kelas KAA (Kelas aliran agama) dan Kelas KRK (Kelas Rancangan Khas).

 

Ibubapa dan pelajar-pelajar dengan tekun mengisi borang permohonan ke Asrama, SMK Teluk Bahang. Hasrat ibubapa ingin melihat anak-anak mereka hidup berdikari dan mendapat pengalaman baru kehidupan di Asrama yang lebih tersusun dan teratur jadual hidup anak-anak mereka.

Seramai 142 orang pelajar Tingkatan 1 yang ditempatkan di SMK Teluk Bahang bagi sesi persekolahan 2013. Manakala 24 orang daripada jumlah keseluruhan tersebut membuat rayuan perpindahan ke sekolah lain. Hanya 6 peratus pelajar yang tidak hadir ke majlis pendaftaran yang dijalankan pada hari ini iaitu hanya seramai 9 orang.

 

Pihak pentadbiran mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang bertugas untuk menjayakan majlis pendaftaran tersebut. Guru-guru SMK Teluk Bahang mempunyai semangat kerja berpasukan, komitmen yang tinggi, ketekunan, daya usaha adalah tonggak kejayaan SMK Teluk Bahang. Terima kasih sekali lagi di atas kesungguhan tuan puan dalam menjayakan majlis pendaftaran ini.