KEPUTUSAN PMR 2012………..TAHNIAH!!!

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

19 Disember 2012 – Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah di atas keputusan Penilaian Menengah Rendah(PMR) 2012 yang telah diumumkan pada tarikh tersebut. Proses penyerahan keputusan dilaksanakan oleh guru-guru kelas tingkatan 3 di kawasan parking kereta berbumbung. Suasana meriah dengan senyum tawa dan tangisan kegembiraan menghiasi hari tersebut. Ibu bapa turut hadir bersama untuk menemani anak-anak mereka mengambil keputusan.

SMK Teluk Bahang telah mencatat peningkatan Gred Purata Sekolah(GPS) iaitu sebanyak 3.17 berbanding tahun 2011 yang mencatat GPS sebanyak 3.18. Seramai 3 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 7A dan seorang lagi 6A. Mereka terdiri daripada :

1) Nur Farziara Bt. Rosli (7A 1B 1C) – 3 Brigadier

2) Nur Hidayati Bt. Yusof (7A 1B) – 3 Kolonel

3) Siti Zulaikha Bt. Rafi (7A 1B) – 3 Kolonel

4) Mohd Idham B. Che Lah (6A 1B 1C) – 3 Kolonel

Tahniah kepada para pelajar tersebut yang mencapai kejayaan cemerlang dan tidak lupa ucapan tahniah juga diucapkan kepada semua pelajar PMR yang telah berusaha sedaya upaya. Sekalung perhargaan ditujukan kepada barisan Pentadbir, guru-guru dan warga sekolah yang telah banyak menyumbang ilmu dan nasihat serta sokongan dalam mendidik mereka.

Cemerlang Milikku”

 



Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227406
TodayToday731
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6828
This MonthThis Month33425
All DaysAll Days3227406
54.224.102.26

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.