Bantuan Kewangan RM 100 Kepada Pelajar Sekolah 2013

17 Januari 2013 yang lalu telah berlangsungnya majlis penyerahan RM 100 kepada semua pelajar sekolah SMK Teluk Bahang melalui ibu-bapa dan penjaga pelajar SMK Teluk Bahang.Sumbangan RM 100 kepada setiap pelajar itu  adalah hasil keperihatinan Kerajaan Malaysia terhadap ibu-bapa dan pelajar.

Majlis dihadiri Tuan Pengetua,tetamu kehormat YB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahya selaku Adun Teluk Bahang,setiausaha YB Adun Teluk Bahang serta wakil Pegawai PPD Barat Daya.

Majlis diteruskan dengan taklimat oleh YB Adun Teluk bahang kepada ibu-bapa dan penjaga murid tentang sumbangan RM 100 kepada setiap murid oleh Kerajaan Malaysia.

Penyerahan RM 100 disampaikan oleh YB kepada pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang dan beliau juga telah memberikan sumbangan bantuan berupa 3 kerusi roda kepada golongan yang memerlukan.

Pihak SMK Teluk bahang mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatian ini.


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225648
TodayToday211
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5070
This MonthThis Month31667
All DaysAll Days3225648
54.144.57.183

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.