Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Sekolah 2013

Pada 25 Januari 2013 yang lalu bersamaan hari Jumaat, 13 Rabiulawal 1434H telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Program tersebut dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Teluk Bahang.Para hadirin  dialunkan dengan alunan bacaan ayat suci Al-Quran dan bacaan doa oleh wakil pelajar. Majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Tarmizi Shamsul Arif penceramah bebas dan sesi ucapan khas dari Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang.

Majlis juga turut diserikan dengan persembahan nasyid dari Pelajar SMKTBG dan penyampaian anugerah khas "Tokoh Maulidur Rasul" kepada tokoh pelajar dan guru SMKTBG.


Semoga Allah S.W.T memberkati usaha kita kerana menjayakan Majlis yang penuh barakah ini...Jazakalhhukhaira..Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

...Berikanlah Syafa'atmu Ya Rasulullah S.A.W.