My Beautiful Malaysia 2013

LAPORAN DARI : CIK NUR ZAHIDAH BT SHAH KHOLIT

Pada 3hb febuari, telah diadakan program My Beautiful Malaysia di seluruh kawasan Teluk Bahang. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, menteri di JPM. Turut hadir ialah YB Dato Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia.

Antara acara-acara yg diadakan pada pagi ini ialah menanam pokok di sekitar kawasan Teluk Bahang, gotong royong membersihkan pantai Teluk Bahang dan juga mengecat premis-premis kerajaan seperti pagar Balai Polis Teluk Bahang, Sekolah Agama dan lain-lain lagi.

Terdapat banyak agensi dan jabatan kerajaan, NGO, pusat pengajian tinggi, PLKN dan sekolah serta masyarakat sekitar menyertai program yang meriah pada pagi ini. Guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Teluk Bahang tidak ketinggalan memeriahkan suasana.

Semoga aktiviti seperti ini akan memberi manfaat kepada semua pihak. MY BEAUTIFUL MALAYSIA!!!

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225758
TodayToday321
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5180
This MonthThis Month31777
All DaysAll Days3225758
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.