Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Pasukan Bola Sepak SMKTBG Bawah 18

Laporan dari : Ustaz Rusdi Bin Mansor

Pada 18/2/3013 satu majlis penyampaian hadiah dan sijil kepada pasukan bola sepak SMKTBG bawah 18 tahun disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang.

Pasukan bola sepak SMKTBG bawah 18 telah menyertai Kejohanan Bola sepak 7 sebelah sempena Sambutan Hari Perpaduan Negeri Pulau Pinang 2013 pada 16 Febuari 2013.

Kejohanan ini telah disertai oleh 85 pasukan dari seluruh negeri Pulau Pinang. Pasukan bola sepak SMK Teluk Bahang telah berjaya melayakkan diri sehingga peringkat Suku Akhir apabila tewas kepada Pasukan SMK Padang Perahu.

Hadiah kejohanan telah disempurnakan oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas,Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada malam 17 Febuari 2013,dan pasukan SMK Teluk Bahang telah mendapat tempat yang ke-6 keseluruhannya. 

Syabas dan tahniah diucapkan.

 

 

 

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260497
TodayToday287
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1033
This MonthThis Month25562
All DaysAll Days3260497
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.