Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat SMK Teluk Bahang 2013

Pada 4 Februari 2013 Majlis Pelancaran Bulan bahasa Peringkat SMK Teluk Bahang telah sempurna dirasmikan oleh En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh, pengetua SMK Teluk Bahang.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa,ucapan penyelaras program,ucapan ketua bidang bahasa dan ucapan perasmian. Persembahan koir pelajar dan persembahan kebudayaan melayu turut diserikan dalam majlis ini.

Sejarah bulan bahasa mula-mula diperkenalkan pada dekad 1960-an, kempen ini dikenali sebagai Minggu Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan yang disambut dan diwarnai dengan pelbagai kegiatan bahasa. Perubahan demi perubahan dilalui dalam menyambut kempen ini,malah pengisian dalam sambutannya semakin bertambah.

Antara objektif utama Bulan Bahasa:

* Memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
* Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
* Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
* Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan Negara bangsa.