Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah Sukan 2013

Pada hari Jumaat, 8 Mac, 2013 pada pukul 8.30 pagi, Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah Sukan 2013 peringkat sekolah telah diadakan . Acara larian telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMK Teluk Bahang,En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh.

Semua pelajar adalah layak untuk menyertai acara ini bagi mewakili Rumah Sukan masing-masing.

Empat rumah pasukan telah bertanding dalam mewakili rumah sukan masing-masing dan pemenang tempat pertama telah dimenangi oleh  Rumah Delima dengan memperolehi mata sebanyak 1145 mata,tempat kedua Rumah Mutiara dengan memperolehi mata sebanyak 724 mata,tempat ketiga dimenangi oleh Rumah Zambrud dengan memperolehi 708 mata, manakala Rumah Nilam memperolehi sebanyak 665 mata.

Hadiah dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Penolong Pentadbiran Puan Zaleha Bt. Abdul Rahman.

Syabas dan tahniah kepada pemenang, peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan merentas desa pada tahun ini.

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3131414
TodayToday528
YesterdayYesterday1383
This WeekThis Week4175
This MonthThis Month27957
All DaysAll Days3131414
54.158.248.167

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.