MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM ZON UTARA 2013

Program Multaqa Guru Pendidikan Islam Zon Utara bersama YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah berjaya diadakan pada hari Sabtu 9 Mac 2013 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra USM P.Pinang. Seramai 2300 Guru Pendidikan Islam dari negeri P.Pinang, Perak, Kedah dan Perlis telah berkumpul untuk sama-sama menjayakan program tersebut.

Sektor Pendidikan Islam JPNPP diamanahkan sebagai Urusetia untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Sepertimana amanah yang dipikul, seramai 5 orang guru Pendidikan Islam mewakili SMK Teluk Bahang telah turut menyertai perjumpaan ini.Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi, dan sesi Bicara Ilmu bersama Prof. Dato' Dr. Sidek Baba "Memartabatkan Pendidikan Islam Di Malaysia" diadakan pada pukul 10.00 pagi,ucapan Wakil Mursyid dari guru Smk Nibong Tebal, Ucapan alu-aluan Ybhg Dato' Hj. Shufa'at Bin Tumin (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(Operasi Pendidikan KPM) dan Amanat YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin,Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri Pelajaran Malaysia.

Sesi seterusnya diadakan sesi dialog bersama YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin dan majlis bersurai pada pukul 1.30 tengahari.

Syabas dan tahniah diucapkan.

 



Lain Pautan Galeri Gambar (KLIK Di sini)

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3225759
TodayToday322
YesterdayYesterday1535
This WeekThis Week5181
This MonthThis Month31778
All DaysAll Days3225759
54.162.241.40

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.