KEMERIAHAN KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2013 “JOM MASUK U”

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

KEMERIAHAN KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA 2013

“JOM MASUK U”

 

10 Mac 2013 - Bertempat di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM), program Jom Masuk U telah diadakan selama dua hari bermula 9 Mac hingga 10 Mac 2013; jam 9.00 pagi-6 petang. Semua sekolah di Negeri Pulau Pinang melibatkan diri dalam karnival ini.

SMK Teluk Bahang telah menyertai karnival tersebut dengan penglibatan seramai 35 orang pelajar tingkatan lima dan diiringi dua orang guru iaitu Cg. Yazmira selaku kaunselor sekolah dan seorang guru baru iaitu Cg. Zuraida. Kemeriahan karnival tersebut dirasai kerana melibatkan pameran daripada pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam&Swasta (IPTA dan IPTS) seperti UPSI, UiTM, UIAM, UKM, POLITEKNIK, IKBN, MARA dan banyak lagi. Para pelajar tidak melepaskan peluang dengan mengumpul bahan-bahan berkaitan kemasukan ke universiti dan mendapatkan maklumat tentang peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM.

Semoga program seperti ini dapat memberi lebih pengetahuan dan pengalaman tentang dunia pembelajaran di universiti dan membuka minda pelajar mengenai dunia pendidikan masa kini yang cukup luas. Diharapkan agar para pelajar dapat berkongsi maklumat yang diperoleh bersama rakan-rakan lain. Unit Bimbingan&Kaunseling juga telah mengemaskini maklumat tentang peluang-peluang pendidikan yang diperoleh sepanjang karnival tersebut dan para pelajar boleh mendapatkan maklumat di bilik kaunseling. Cemerlang Akademik, Akhlak Terpuji.

 

“1 MALAYSIA PENDIDIKAN UNTUK SEMUA”