Bulan Bahasa Bahasa Arab 2013

LAPORAN DARI: USTAZ MOHD AZIZUL AB RAHMAN

 

Sepanjang Bulan Februari yang lepas, Panitia Bahasa Arab SMK Teluk Bahang telah terlibat sama dalam menjayakan Program Bulan Bahasa Peringkat SMKTBG 2013. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah persembahan Nasyid, Sajak, Kosa Kata dan Explorace Bahasa Arab.

Pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut adalah pelajar KAA dari tingkatan 1,2 dan 3 Brigadier.

Pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut telah menerima hadiah berupa baucer yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua En. Abdul Nasir bin Hj. Salleh. Penyampaian hadiah berjaya disampaikan pada 18/3/2013.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru khususnya AJK program Bulan Bahasa kerana memberi sokongan yang padu dan tidak henti-henti bagi menjayakan program tersebut.

Diharapkan untuk tahun-tahun yang mendatang, program Bulan Bahasa mendapat sambutan yang jitu daripada pelbagai pihak.Syabas dan tahniah.