Operasi Benteras Ponteng Peringkat Daerah Barat Daya 2013

LAPORAN DARI: PN. HANITA BT. HALIM (KAUNSELOR)

 

Tempat: SMK Teluk Bahang
Masa: 8.30 pg -12.00 tgh.


Operasi ini dianjurkan oleh  Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya dan melibatkan beberapa agensi iaitu Kementerian kesihatan, Rela, PDRM, & AADK. Pegawai-pegawai ini telah dibahagikan kepada beberapa lokasi panas yang telah dikenal pasti sebelum ini. Semua pelajar yang telah 'ditangkap'  di bawa ke dewan makan asrama SMK Teluk Bahang. Pihak sekolah pelajar terbabit dimaklumkan. Mereka diberi kaunseling oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dari sekolah-sekolah Daerah Barat Daya. Selepas itu, Tuan Pengetua SMK TELUK, En. Abdul Nasir bin Hj. Salleh telah memberikan sedikit motivasi kepada semua pelajar. Sebelum bersurai mereka mengadakan solat sunat dhuha.