KEM KEPIMPINAN DAN KESIHATAN PELAJAR ASRAMA PERINGKAT NEGERI 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

19 April 2013 – Bertempat di Taman Negeri Perlis selama 3 hari 2 malam, telah diadakan kem kepimpinan untuk pelajar-pelajar asrama peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh JPN P.Pinang. SMK Teluk Bahang telah menghantar dua pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan iaitu Mohd Aliff B. Abdullah, Muhammad Aiman Maula b. Sabri dan Noor Hazwani Bt. Mohd Jaafar; semuanya tingkatan 4,dan mereka yang terpilih ini bakal menjadi pemimpin asrama kelak. Fasilitator yang terlibat dalam program ini adalah Cg. Noor Yazmira Bt. Ismail.

 

Antara objektif kem ini adalah pelajar dapat berkomunikasi dengan berkesan, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mahir mengendalikan mesyuarat dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang serta mahir memainkan peranan sebagai pemangkin dalam menggerakkan serta menggembengkan tenaga murid asrama untuk melaksanakan sesuatu aktiviti dan tanggungjawab. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah slot ice breaking, meredah hutan dan meneroka Gua Wang Burma 1&2, debat, penyelesaian masalah, pengendalian etika majlis rasmi dan sebagainya.

 

Aktiviti paling menarik adalah menikmati keajaiban suasana di dalam gua yang sangat gelap serta melihat pelbagai spesis haiwan seperti kelawar, katak besar, ikan dan sebagainya. Gua tersebut terbahagi kepada dua iaitu Wang Burma 1 melibatkan kawasan kering dan Wang Burma 2 melibatkan kawasan basah. Keunikan stalaktik dan stalagmit yang terbentuk semulajadi sangat menakjubkan. Perasaan kagum dengan ciptaan Allah begitu kuat dirasai. Para peserta perlu melalui pelbagai cabaran seperti merangkak, jalan itik dan sebagainya sepanjang berada di dalam Gua Wang Burma 2.

 

Persaingan sihat di antara setiap kumpulan begitu terserlah sepanjang kem ini dijalankan dan ini meyakinkan para fasilitator akan kemampuan mereka untuk menjadi pemimpin di asrama. Sebelum bertolak balik ke Pulau Pinang semua peserta dan pegawai yang terlibat diberi peluang untuk bersiar-siar di Wang Kelian tempat untuk membeli belah dan para peserta turut berpeluang memasuki kawasan Thailand. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Unit HEM, JPN P.Pinang kerana telah berjaya melaksanakan program tersebut. Diharapkan agar para peserta yang terpilih dapat menggunakan segala pengalaman untuk membantu pimpinan di asrama agar menjadi asrama yang hebat dan cemerlang. InsyaAllah.

 

“MEMIMPIN DAN DIPIMPIN”

 


 

 

 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3226974
TodayToday299
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6396
This MonthThis Month32993
All DaysAll Days3226974
54.198.2.110

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.