MOTIVASI PELAJAR ASRAMA

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

MOTIVASI PELAJAR ASRAMA

Tajuk : Dahsyatnya Cabaran Pelajar

Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling

1 Mei 2013 – Alhamdulillah satu program perkongsian inspirasi untuk melihat dan merungkai tentang dahsyatnya cabaran pelajar telah diadakan di Asrama SMK Teluk Bahang yang melibatkan semua pelajar asrama putera dan puteri. Program ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pelajar agar mereka meningkatkan kemahuan untuk terus berusaha menyiapkan diri dalam proses pembelajaran dan juga sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan bagaimana bangkit dari kegagalan, serlahkan kuasa dalam diri, minda yang positif dan sebagainya. Aktiviti kumpulan turut dijalankan dan lebih fokus kepada kewajipan sebagai umat Islam yang mementingkan solat lima waktu. Soal jawab dan komunikasi dua hala sangat membantu sepanjang program ini berlangsung. Semoga para pelajar asrama pada tahun ini sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam kehidupan sebagai pelajar yang mahu mencapai cita-cita yang tinggi.

 

“MOTIVASI ITU BERMULA DENGAN KEMAHUAN”