LAWATAN PAMERAN INFORMASI PENDIDIKAN & KERJAYA 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

LAWATAN PAMERAN INFORMASI PENDIDIKAN & KERJAYA 2013

KOMPLEKS TABUNG HAJI, BAYAN LEPAS

 

13 Mei 2013 – Seramai 100 pelajar SMK Teluk Bahang yang terdiri daripada semua tingkatan 5 dan 4 Kolonel telah menghadiri lawatan Pameran Informasi Kerjaya yang diadakan selama 3 hari bermula 13 Mei dan berakhir pada 15 Mei 2013. Pameran ini bertujuan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid sekolah mengenai kepentingan perancangan kerjaya, memberikan penerangan jelas tentang kerjaya menerusi seminar, sesi kaunseling dan temubual serta membantu murid kurang cemerlang untuk meneroka peluang belajar dengan kelayakan yang minimum. Guru pengiring yang terlibat adalah Cg Shahrul, Cg. Zaidi, Cg. Hayati dan Cg. Yazmira dan lawatan ini tamat pada jam 12.00 tengahari. Antara agensi yang terlibat mengadakan pameran tersebut adalah IPTA, IPTS, agensi kerajaan dan swasta. Semoga program ini memberi peluang kepada seramai mungkin pelajar untuk meneroka peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, bidang kemahiran dan kerjaya.

 

“PENDIDIKAN KERJAYA 1 MALAYSIA MENGUKUH ASPIRASI PENDIDIKAN NASIONAL”