KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN IQRA 2013 KALI KE-12

Temasya Sukan Sekolah telah diadakan pada Sabtu 29 Jun 2013 yang lalu dan dirasmikan oleh Pegawai PPD Barat Daya, En. Amir Hamzah Bin Abdul Hamid(Pegawai Linus) diringi dengan kehadiran Tuan Pengetua En. Abdul Nasir Bin Haji Salleh serta pengerusi PIBG En. Abdul Majeed Bin Mohd Shariff.

Seperti tahun yang sudah peserta dari 4 buah rumah sukan telah beraksi iaitu rumah MUTIARA, NILAM, DELIMA dan ZAMRUD. Sepanjang tahun ini guru-guru dan peserta bertungkus lumus membuat persiapan bagi memastikan acara ini dapat dijalankan dengan lancar dan meriah. Sepanjang tahun ini sukantara  telah dijalankan di sekolah untuk mengumpul mata rumah sukan masing-masing.

Antara acara yang telah dijalankan ialah merentas desa, lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi, lontar peluru dan acara balapan. Acara sukaneka yang dipertandingkan pula ialah tarik tali.

Guru-guru rumah sukan juga tidak kurang sibuknya, melatih dan membuat hiasan rumah sukan masing-masing. Rumah DELIMA telah dinobatkan sebagai Rumah Tercantik dan Johan Perbarisan pada temasya kali ini dan rumah DELIMA juga diisytiharkan sebagai juara keseluruhan. Maskot terbaik dimenangi oleh rumah ZAMRUD.

Tahniah kepada semua pemenang dan setinggi ucapan jutaan terima kasih buat semua yang telah bertungkus-lumus dan bersatu mengembeling tenaga bagi melancarkan temasya sukan kali ini.

Tahniah kepada pasukan rumah DELIMA  kerana telah menjuari Sukan Tahunan 2013.

 

Tuan Pengetua mewakili pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak PIBG dan ibu bapa yang sudi menghadiri bagi memeriahkan temasya sukan pada kali ini.




Berikut adalah keputusan penuh:

LAPORAN KEPUTUSAN KEJOHANAN OLEH PEGAWAI: EN. HAN KAW SEY


Olahragawan:    MUHAMMAD IZAFI BIN OMAR BAKHI (3 BRIGADIER)
Olahragawati:    NUR MASTURAH BT. MD. ZAKARIA (5 BRIGADIER)

 

 

 

GALERI GAMBAR:

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132790
TodayToday695
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week5551
This MonthThis Month29333
All DaysAll Days3132790
54.92.158.65

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.