MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MADRASAH RAMADHAN 1433H/2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

TEMA : RAMADHAN…MADRASAH MENUJU TAQWA

ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

10 JULAI 2013/1 RAMADHAN 1433H

OBJEKTIF

  1. Untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan program-program yang dapat meningkatkan amal ibadah dan penghayatan Islam dalam kalangan warga sekolah.
  2. Menyediakan kemudahan kepada seluruh warga sekolah untuk sama-sama merebut segala kelebihan yang terkandung dalam bulan Ramadhan.
  3. Membentuk kesedaran peribadi agar lebih berdisiplin dan bersahsiah tinggi dalam kalangan pelajar sekolah.
  4. Menghayati keberkatan dan keistimewaan bulan Ramadhan

SENARAI AKTIVITI

 

Bil.

Aktiviti-Aktiviti sepanjang Ramadhan

Catatan

1.

Perasmian ringkas Madrasah Ramadhan

1 Ramadhan

2.

Buletin ‘Sinar Ramadhan’

Panitia P.Islam

3.

Ceramah “Aidilfitri Hari Bahagia”

24 Ramadhan

4.

Celik Hati

5 minit-pagi (pelajar)

5.

Tayangan&Celik Hati Pelajar oleh Guru-guru

Waktu rehat mengikut tingkatan

6.

Tadarus Al-Quran

Waktu Rehat

7.

Solat Sunat Dhuha

Waktu Rehat

8.

“Minda Segar” Bersama Tn. Pengetua

5 Minit sebelum balik

9.

Masih Ada Yang Sayang (Warga Teluk Bahang)

Unit B&Kaunseling

10.

Kutipan derma untuk sumbangan anak yatim

Setiap Khamis (pagi)

11.

Pertandingan Buku Scrap “Buku Amal Terbaik”

12.

Pertandingan Melukis

“Kemeriahan Syawal di Tempat Saya”

13.

Ole-ole Ramadhan (Sumbangan Bahan Kering)

269 Julai 2013

14.

Mini Halaqah (Perbincangan antara guru)

Guru-guru

15.

Solat Sunat Terawih & Qiamullail

Asrama

 

 

TENTATIF PROGRAM

7.30 pagi : Semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan

7.35 pagi : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

7.40 pagi : Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran : Muhammad Aiman Maula (4 Mejar)

Bacaan Doa : Muhammad Alif Azizi (2 Mejar)

7.50 pagi : Slot “Celik Hati” bersama pelajar : Muhammad Hafizul Aswad (5 Brigadier)

8.00 pagi : Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Islam : Ustaz Mohd Zainul Akramin B. Mohd Salim

8.05 pagi : Ucapan Penyelaras Program : Cik Noor Yazmira Bt. Ismail

8.10 pagi : Ucapan Perasmian Tn. Pengetua : En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh

8.20 pagi : Gimik Perasmian

8.30 pagi : Penyampaian cenderahati untuk anak yatim

Penghargaan Imam Muda I: Mohd Arbaie Al Jiddan (5 Brigadier)

Penghargaan Imam Muda II : Muhammad Aiman Maula (4 Mejar)

Penghargaan Bidadari Solehah : Nur Shahirah (5 Brigadier)

Anugerah Pelajar Mithali : Siti Nor Adila (4 Kapten)

Cenderahati Anak Yatim : Siti Zulaikha (1 Kapten)

Cenderahati Pelajar Datang Paling Awal ke Sekolah : Munirah (1 Leftenan)

Guru Datang Paling Awal ke Sekolah : En. Nassary & Ustazah Nooradillah

8.50 pagi : Majlis Bersurai

9.00 pagi : P&p seperti biasa

 

MAJLIS PELANCARAN

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Segala puji bagi Allah, perasaan syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana sekali lagi program sempena Ramadhan telah berjaya dilancarkan pada 1 Ramadhan yang lalu. Sesuai dengan tema “Ramadhan…Madrasah Menuju Taqwa” pelbagai aktiviti telah dirancang melibatkan semua guru dan para pelajar dalam usaha untuk mengimarahkan lagi bulan yang mulia ini.

 

Gimik perasmian pada hari tersebut telah dilancarkan oleh barisan pentadbir dan beberapa orang guru dan pelajar yang bertuah dengan memasukkan replika wang ke dalam tabung yang disediakan sekaligus melancarkan Tabung Kutipan Derma Kasih. Kutipan derma ini akan dilakukan setiap hari Khamis (pagi) dan akan disalurkan kepada anak-anak yatim dan pelajar miskin SMK Teluk Bahang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru dan para pelajar yang banyak membantu menyumbang idea dan bantuan dalam melaksanakan perasmian pada hari tersebut. Semoga Program Madrasah Ramadhan ini dapat memberi peluang kepada warga sekolah untuk merebut ganjaran pahala yang disediakan dalam bulan Ramadhan ini.

 

 

“Ramadhan…Madrasah Menuju Taqwa”


 


 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227635
TodayToday960
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week7057
This MonthThis Month33654
All DaysAll Days3227635
54.145.117.60

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.