PELAJAR KEHILANGAN AYAH

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Pada Jun yang lalu salah seorang pelajar 5 Kapten; Nur Faeizatul Sabila Huda telah kehilangan orang yang tersayang iaitu ayahnya akibat sakit jantung. Berita kematian ayahnya diterima dengan penuh rasa redha walaupun disulami dengan kesedihan. Unit Kebajikan dan Penyayang telah melancarkan satu kutipan derma untuk mengumpul sejumlah wang bagi membantu meringankan beban pelajar tersebut. Derma tersebut telah disampaikan oleh Tn. Pengetua En. Abd Nasir B. Hj. Salleh dan tuan pengetua sempat memberi kata-kata semangat agar beliau terus bangkit cemerlang dalam akademik mahupun kehidupannya agar masa depannya lebih teratur dan cerah. Pihak sekolah amat bersimpati dengan berita tersebut. Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. InsyaAllah.. Al Fatihah…

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227331
TodayToday656
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6753
This MonthThis Month33350
All DaysAll Days3227331
54.224.121.67

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.