Lawatan Ke Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Arau,Perlis

LAPORAN DARI: En.Shahrul Amri Bin Mohamad ( Guru MPV Katering & Penyajian)

 

Lawatan Ke Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti,

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Arau,Perlis

28 Jun 2013

Syukur ke hadrat Ilahi kerana lawatan akademik ini telah selesai dijalankan. Program ini merupakan program yang dijalankan khas kepada pelajar-pelajar tingkatan lima dan empat yang mengambil matapelajaran MPV Katering & Penyajian. Program ini telah dirancang bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling, Ketua Bidang Teknik & Vokasional dan Panitia MPV Katering & Penyajian.

Program ini dirancang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai laluan kerjaya selepas SPM. Lawatan akademik ini berfokus pada kursus-kursus hospitaliti yang ditawarkan oleh Jabatan Pelancongan & Hospitaliti,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Arau,Perlis.Lawatan ini melibatkan 26 orang pelajar dan empat orang guru.Guru-guru pengiring adalah En.Shahrul Amri Bin Mohamad,En.Mohamed Fauzi Bin Mohamed Nor,Pn.Hanita bt.Halim dan Cik Norhayati Bt.Osman

Sepanjang program ini berlangsung pihak Jabatan Pelancongan & Hospitaliti,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Arau,Perlis. telah memberikan komitmen yang sangat baik dalam melicinkan perjalanan program ini. Pada 28 Jun 2013, jam 10.45 pagi, lawatan bermula di Program bermula dengan Jabatan Pelancongan & Hospitaliti,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Arau,Perlis. taklimat daripada En. Nor Fitri mengenai kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Pelancongan & Hospitaliti. Seterusnya semua pelajar dan guru di bawa melawat ke sekitar fakulti dan berakhir dengan taklimat oleh En.Mohd Sharin Bin Sujor. Lawatan ini berakhir pada jam 12.15 tengahari

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu sama ada dari segi fizikal mahupun wang ringgit dalam menjayakan program ini. Semoga usaha pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling mendapat keberkatan Allah S.W.T.