PROGRAM SMK TELUK BAHANG BERSAMA KOMUNITI 2013

LAPORAN DARI: PN. JAMILAH BT. SHAHAROM (PK. KOKURIKULUM)

 

Program SMK Teluk Bahang bersama Komuniti telah diadakan pada 30 Julai 2013. Program ini telah dirasmikan oleh Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan bin Ayoob Hussain Shah. Tujuan diadakan program ini adalah untuk merapatkan hubungan di antara komuniti setempat dengan SMK Teluk Bahang.

Tuan Pengetua, Encik Abd Nasir bin Hj Salleh telah menyampaikan maklumat ringkas mengenai tujuan perjumpaan bagi mendapatkan pandangan dua hala daripada komuniti. Di antara perkara yang dibangkitkan ialah program Bacathon 2013 yang akan diadakan pada bulan September ini, Sambutan Hari Kemerdekaan di antara SMK Teluk Bahang dengan komuniti, Program Sarana, Kemajuan akademik pelajar SPM dan PMR 2013 serta masalah displin dan ponteng pelajar.

Datuk Shah Headan amat berminat dengan program yang julung kali diadakan ini. Beliau berharap program ini akan menjadi satu program sekolah yang mesti diteruskan. Perjumpaan di antara komuniti dan pihak sekolah akan memberi banyak kebaikan kepada semua pihak untuk kemajuan pelajar yang bakal mewarisi Negara satu hari nanti.