PROGRAM KEMBARA MASIH ADA YANG SAYANG 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

1 OGOS 2013/23 RAMADHAN 1434H

TEMPAT : SEKITAR TELUK BAHANG

ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

 

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing… Sebagai persiapan awal menyambut Aidilfitri pihak sekolah berbesar hati telah melancarkan kutipan derma Cahaya Kasih kepada seluruh warga sekolah termasuk guru dan para pelajar. Kutipan derma pada kali ini mendapat sambutan menggalakkan kerana masing-masing ingin mengamalkan sifat suka bersedekah. Sumbangan bahan kering seperti beras, gula, tepung dan pakaian lama juga turut disumbangkan oleh warga sekolah terutama guru-guru dan staff. Perkara ini telah menambahkan lagi semangat warga sekolah untuk berkongsi kegembiraan menyambut Syawal. Hasil kutipan derma telah diagihkan kepada beberapa keluarga pelajar miskin dan orang kampung sekitar Teluk Bahang dalam bentuk wang dan bahan keperluan menyambut Hari Raya seperti beras pulut, minyak, rempah dan sebagainya.

Pada 1 Ogos 2013 yang lalu Skuad Program Kembara Masih Ada yang Sayang yang terdiri daripada Tuan Pengetua En. Abdul Nasir, Pk HEM Ustaz Mohd Siroj, Pk Kokurikulum Pn. Jamilah, Cg. Azmawati dan Cg Yazmira telah bersama-sama turun padang untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada beberapa keluarga miskin di sekitar Teluk Bahang. Kedatangan kami disambut dengan senyuman dan tangisan kegembiraan dan pihak sekolah mengharapkan semoga sumbangan tersebut dapat membantu menyambut Hari Raya dengan lebih gembira.

Ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga sekolah yang sudi menderma bagi membantu meringankan beban keluarga pelajar dan orang kampung di Teluk Bahang. Semoga Allah murahkan rezeki kita semua. InsyaAllah.

SEDEKAH AMALAN MULIA”

 



Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227406
TodayToday731
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6828
This MonthThis Month33425
All DaysAll Days3227406
54.224.102.26

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.