MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN CERAMAH AIDILFITRI 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN CERAMAH AIDILFITRI 2013

TAJUK CERAMAH : AIDILFITRI HARI BAHAGIA

PENCERAMAH : USTAZ MOHAMAD HANIF BIN HARUN

ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

2 OGOS 2013/24 RAMADHAN 1434H

Alhamdulillah…sebagai penutup Program Madrasah Ramadhan, pihak sekolah telah mengadakan beberapa aktiviti pada hari tersebut iaitu Bacaan Yasin, Majlis Khatam Al-Quran, Ucapan Perasmian Penutupan Program, Ceramah Aidilfitri serta penyampaian hadiah dan cenderahati. Bacaan Yasin pada hari tersebut diketuai oleh saudara Muhammad Alif (5 Kolonel) manakala Majlis Khatam Al-Quran pula telah dipimpin oleh 10 barisan pelajar asrama SMK Teluk Bahang di bawah pimpinan Cg. Mohd Bahtiar. Ucapan Penutupan Program Madrasah Ramadhan telah dirasmikan oleh Ayahanda Tn. Pengetua; En. Abdul Nasir B. Hj. Salleh dan majlis diserikan lagi dengan ceramah Aidilfitri yang menyentuh persoalan tentang cara menyambut Aidilfitri menurut Islam serta beberapa soalan berkaitan adat dan adab pada hari raya. Para hadirin juga telah dihiburkan dengan satu persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar asrama yang membawakan dua buah nasyid. Majlis penyampaian hadiah pula telah disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid; Ustaz Mohd Siroj B. Abdul Lathiff kepada pelajar-pelajar yang telah menang dalam beberapa pertandingan iaitu Pertandingan Melukis Kemeriahan Syawal dan Pertandingan Buku Skrap Seindah Ramadhan. Cenderahati juga telah disampaikan kepada pelajar-pelajar yang terlibat menjadi Imam Solat Tarawih, peserta Khatam Al-Quran dan peserta nasyid. Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan salam ukhwah dan ucapan selamat hari raya di antara guru dan para pelajar.

 

Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah atas segala bantuan dan pertolongan yang telah disumbangkan dalam menjayakan setiap aktiviti dalam Program Madrasah Ramadhan. Semoga segala usaha kita dapat membantu meningkatkan penghayatan dan kecintaan warga sekolah terhadap aktiviti sepanjang Ramadhan. Salam Aidilfitri. Assalamualaikum wbt…

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN”

 


 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3226996
TodayToday321
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week6418
This MonthThis Month33015
All DaysAll Days3226996
54.198.2.110

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.