PERJUMPAAN SMK TELUK BAHANG BERSAMA KOMUNITI TELUK BAHANG KALI KE 2

LAPORAN DARI: PN. JAMILAH BT. SHAHAROM (PK. KOKURIKULUM)

 

20 OGOS 2013

SMK TELUK BAHANG

 

Perjumpaan kali ke 2 ini bertujuan untuk membincangkan mengenai sambutan hari kemerdekaan bersama komuniti Teluk Bahang, Unjuran PMR dan SPM 2013 dan Program Ziarah Pelajar dan Keluarga.

Sambuatan Hari Kemerdekaan kali ke 56 akan disambut serentak di antara SMK Teluk Bahang dan SK Teluk Bahang pada 30 Ogos 2013. Satu perarakan merdeka yang akan disertai oleh semua pelajar, guru-guru, serta komuniti seperti Pasukan Bomba dan Penyelamat, Balai Polis Teluk Bahang, Persatuan Nelayan Teluk Bahang dan JKKK Teluk Bahang. Perarakan akan bermula dari SMK Teluk Bahang diikuti oleh SK Teluk Bahang dan komuniti-komuniti yang mengambil bahagian.

Tuan Pengetua juga, tidak melepaskan peluang untuk berbincang dengan semua komuniti yang hadir mengenai Unjuran (Target) PMR dan SPM 2013. Setiap unjuran ini akan dapat dicapai jika mendapat kerjasama dari semua pihak. Kelas tambahan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 bermula pada 19 Ogos 2013 sehingga peperiksaan awam bermula. Jutaan terima kasih kepada pihak PIBG SMK Teluk Bahang kerana telah menyediakan peruntukan untuk makanan dan minuman pelajar kelas tambahan.

Masalah ponteng merupakan satu masalah yang merunsingkan semua pihak. Akibat masalah ponteng ini akan mengakibatkan berlakunya banyak gejala sosial yang tidak diingini. Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah akan mengadakan satu Program Ziarah Pelajar dan Keluarga khusus untuk pelajar-pelajar ponteng tegar. Beberapa pelajar telah dikenalpasti dan beberapa sesi lawatan telah dirancangkan di dalam bulan September. Diharap program ini dapat mengatasi masalah ponteng di kalangan pelajar.

 

 

 


 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132175
TodayToday80
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week4936
This MonthThis Month28718
All DaysAll Days3132175
54.156.42.165

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.