PROGRAM NAQIB MUDA MATEMATIK 2013

LAPORAN DARI: PN. NORITA BT. NAIJAN

 

Pada 23 Ogos yang lalu, Panitia Matematik SMK Teluk Bahang telah mengadakan kerjasama dengan Panitia Matematik dari SMK Abdullah Munshi untuk menjayakan program Naqib Muda iaitu suatu program peer-teaching antara pelajar. Seramai 44 orang pelajar terlibat dalam program yang julung kali diadakan di sekolah kita. Antara tujuan diadakan program ini ialah :

· Memberikan dorongan dan bimbingan terancang kepada pelajar SPM agar mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan seperti yang disasarkan.

· Meningkatkan peratus lulus mata pelajaran Matematik dan gred purata dalam peperiksaan SPM 2013.

· Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar supaya menjadi pelajar yang bermotivasi tinggi mengikut moto, “ When you teach, you learn”.

· Meningkatkan keyakinan, kerjasama dan komitmen pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan dengan cara yang menyeronokan.

Ayahanda pengetua, En. Abd. Nasir bin Hj. Salleh dengan besar hati telah merasmikan program ini yang berlangsung di Makmal Bahasa manakala majlis penutup pula telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Omar bin Abdu Rashid.

Terima kasih yang tidak terhingga buat rakan guru yang turut sama membantu dalam menjayakan program ini – ahli Panitia Matematik, En Mohd Zaidi, En Muhd Bahtia, Cik Khor Jo Ann, En Muhd Bukhari dan Pn Rosidah bt Ahmad. Diharap usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada pelajar terutamanya pelajar 5 Brigadier dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba tidak lama lagi.