PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56 SMK TELUK BAHANG BERSAMA KOMUNITI TELUK BAHANG 2013

LAPORAN DARI: PN. JAMILAH BT. SHAHAROM (PK. KOKURIKULUM)

 

30 OGOS 2013

SMK TELUK BAHANG

 

Satu perarakan bersempena Hari Kemerdekaan yang ke 56 SMK Teluk Bahang bersama komuniti telah diadakan pada 30 Ogos 2013. Adun Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah turut serta di dalam perarakan tersebut. Antara komuniti yang mengambil bahagian dalam perarakan Hari kemerdekaan ialah JKKKP Teluk Bahang, Balai Polis Teluk Bahang, Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang, Klinik Perubatan dan Kesihatan Teluk Bahang , PIBG dan SK Teluk Bahang.

Perarakan merdeka bermula jam 8.30 pagi dari SMK Teluk Bahang ke Taman Negara Pulau Pinang. Semua peserta begitu bersemangat berarak dengan mengibarkan jalur gemilang sambil menyanyikan lagu Malaysia Berjaya. Tepat jam 9.30 pagi, perarakan tiba di Taman Negara Pulau Pinang.

Banyak acara menarik telah diadakan diperkarangan Taman Negara. Antaranya ialah persembahan daripada pelajar-pelajar SK Teluk Bahang, ucapan daripada Pengetua SMK Teluk Bahang En. Abd Nasir Bin Hj Salleh, Guru Besar SK Teluk Bahang Pn Rosni Binti Ismail dan wakil dari Balai Bomba dan Penyelamat En Shabri. Seterusnya pelajar sekolah menengah dan guru-guru menyertai pertandingan melukis poster Hari Kemerdekaan sementara pelajar sekolah rendah menyertai pertandingan kuiz merdeka. Acara tamat jam 11.20 pagi. Semua peserta perarakan berarak pulang ke destinasi masing-masing.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diberikan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perarakan Hari Kemerdekaan yang ke 56. Jumpa lagi di tahun hadapan. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

 


 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3227635
TodayToday960
YesterdayYesterday1238
This WeekThis Week7057
This MonthThis Month33654
All DaysAll Days3227635
54.145.117.60

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.