SAMBUTAN PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 SEKOLAH MENENGAH TELUK BAHANG

LAPORAN DARI: PN. NORITA BT. NAIJAN (GURU PENASIHAT KELAB RUKUN NEGARA)

CIK SITI FARHANAH

 

Pada 28 Ogos 2013 yang lalu, bertempat di Dataran Tuan Haji Abdul Malek telah berlangsung acara gilang gemilang majlis perasmian bulan kemerdekaan kali ke-56 yang disempurnakan oleh ayahanda pengetua, En Abd. Nasir bin Hj. Salleh. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri diikuti oleh bacaan ikrar.Setelah selesai ayahanda pengetua merasmikan majlis, adik Kaswira dari kelas 4 Brigadier diberi penghormatan untuk mengetuai laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan oleh para pelajar seperti tarian Joget Malaysia di bawah pimpinan Cikgu Zaidi, Bicara Berirama yang dipimpin oleh Cikgu Nasarah dan deklamasi sajak dalam 3 bahasa yang dilatih oleh Sir Ashwin dan Cikgu Rahimi. Cikgu Hafizah dan Cikgu Farah Wahida tidak kurang hebatnya apabila dijemput untuk mendeklamasikan sajak.

Semoga akiviti yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan nanti akan dapat menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air di kalangan para pelajar SMK Teluk Bahang.

 


 

7.30 pg – Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan

7.40 pg – Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku

- Nyayian lagu Negeri Pulau Pinang

- Bacaan doa oleh pengawas bertugas

- Bacaan ikrar oleh pengawas bertugas

7.50 pg – Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Jamilah memberi sedikit ucapan mengenai  kemerdekaan

8.05 pg – Pengetua SMK Teluk Bahang, En. Nasir dijemput untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-56

8.15 pg – Gimik perasmian sambutan diuruskan oleh En. Zaidi.

8.20 – 9.00 pg – Sambutan diserikan lagi dengan persembahan dari pelajar-pelajar SMK Teluk  Bahang

- Persembahan pembukaan dimulakan dengan Drama yang dilakonkan oleh para pelajar. dibimbing oleh En. Rahimi

- Deklamasi sajak kemerdekaan oleh Pn. Fazilah dan Cik. Habibah

- Deklamasi sajak kemerdekaan oleh pelajar yang mewakili tiga bahasa di Malaysia  iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Dibimbing oleh En. Rahimi.

- Deklamasi sajak dari wakil guru lelaki iaitu En.Dzul

- Persembahan bicara berirama dibawah bimbingan Cik. Nasarah

- Persembahan tarian dibawah bimbingan En.Zaidi

- Perarakan basikal berhias yang bertemakan Kemerdekaan dibawah Panitia Sivik

9.00 pg – Majlis penutupan dilakukan dengan laungan kemerdekaan oleh wakil pelajar Nurkaswira dan seterusnya menyayikan lagu Tanggal 31 Ogos beramai-ramai.

 


 

 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260497
TodayToday287
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1033
This MonthThis Month25562
All DaysAll Days3260497
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.