NADWAH KEPEMIMPINAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Anjuran : Sektor Pendidikan Islam, JPN P.PINANG

Tarikh : 27 hingga 30 Ogos 2013

Tempat: PLKN Bukit Besar, Kulim

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… Alhamdulillah seramai 6 orang pelajar perempuan asrama telah dipilih untuk menyertai nadwah kali ini yang telah diadakan selama 4 hari 3 malam. Berdasarkan ayat tema surah Al Fath ayat 29; objektif utama nadwah ini diadakan adalah untuk menyemai perasaan cinta kepada Nabi Muhammad saw dan menjadikan baginda nabi sebagai contoh tauladan dalam kepemimpinan hidup seharian. Dengan ‘tag line : Ar Rasul Qudwatuna’ para peserta yang terlibat dalam nadwah ini telah dibimbing oleh barisan fasilitator yang terdiri daripada beberapa buah sekolah di Pulau pinang. Sikap jujur dan amanah juga diterap dalam nadwah ini sebagai salah satu tanggungjawab yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Simbolik barang amanah adalah tasbih, cawan kecil yang berisi kapas dan beberapa biji kacang hijau dan para peserta perlu memastikan ianya tumbuh menjadi pokok tauge. Barang amanah ini analoginya adalah peserta sebagai tunas perlu dijaga dan disemai dengan jiwa dan roh Islam agar mampu membesar dan melahirkan pemimpin yang menjiwai kepimpinan Nabi Muhammad saw. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah ceramah tentang Muhammad Rasulullah, Sifat-sifat Mukmin bersama Rasulullah, Senam Jundi, Kultim, Halaqah, Legasi Rasulullah saw dan Kembara Qiyadi.

Diharapkan peserta-peserta yang lahir daripada nadwah ini dapat menjadi da’I yang berkesan serta menjadi penyambung rantai-rantai dakwah kepimpinan Rasulullah saw seterusnya dapat membantu rakan-rakan di sekolah masing-masing. InsyaAllah..

“AR RASUL QUDWATUNA”

 



Articles Categories

Kaunter Pelawat

3132609
TodayToday514
YesterdayYesterday1209
This WeekThis Week5370
This MonthThis Month29152
All DaysAll Days3132609
54.161.91.76

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.