JAMUAN MESRA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 11 September 2013

Tempat: Bilik Katering SMK Teluk Bahang

Pada hari Rabu yang lepas penyelaras aktiviti Pn. Norallia sempat mengadakan jamuan mesra untuk para pelajar tingkatan 5 dan menu pada hari tersebut telah dimasak oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 dan beberapa orang guru perempuan di bilik Katering sekolah. Antara menu yang sempat disediakan adalah nasi goreng cina, bihun Singapore, kuih cara, sandwich dan cucur udang. Jamuan ringkas ini turut dihadiri oleh Tn. Pengetua dan guru-guru. Diharapkan aktiviti ringkas ini dapat mengeratkan silaturrahim antara guru-guru dan para pelajar khususnya pelajar tingkatan 5 yang akan meninggalkan alam persekolahan menengah tidak lama lagi. Doa guru-guru agar kalian berjaya dalam SPM dan memiliki masa depan yang cerah kelak. InsyaAllah…

“REZEKI SEDIKIT DIKONGSI BERSAMA”