PERJUMPAAN WARIS UNTUK PROGRAM GURU MUDA

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Anjuran : Unit Bimbingan&Kaunseling, SMK Teluk Bahang

Tarikh : 12 September 2013

Tempat: Bilik Mesyuarat, SMK Teluk bahang

Program Guru Muda sedang dirancang dan akan dilaksanakan pada 17 September ini dengan kerjasama MRSM Balik Pulau. Oleh itu sebagai persediaan awal, pihak sekolah telah menjemput ibu bapa kepada pelajar-pelajar yang terlibat untuk hadir ke sekolah bagi mendengar sedikit taklimat dan penerangan berkaitan program ini. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk cemerlang dalam semua subjek PMR dan pulang ke sekolah untuk membantu rakan-rakan yang lain serta menanam minat pelajar untuk belajar secara berkumpulan. Kehadiran ibu bapa juga merupakan tanda sokongan kepada program yang akan dilaksanakan ini dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas kerjasama daripada pihak ibu bapa.

“KECEMERLANGAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

 



Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260493
TodayToday283
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1029
This MonthThis Month25558
All DaysAll Days3260493
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.