AL-FATIHAH UNTUK AYAH

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Ramadhan yang lalu ketika minggu terakhir semua umat Islam sibuk membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri, salah seorang pelajar SMK Teluk Bahang telah kehilangan ayah tercinta. Beliau ialah Allahyarham En. Amran bapa kepada Nur Asyikin Bt. Amran dari tingkatan 3 Leftenan. Ayahnya meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan pihak sekolah mengambil kesempatan untuk mengutip sumbangan derma untuk keluarga beliau. Alhamdulillah sumbangan yang diperoleh daripada semua warga sekolah termasuk guru dan para pelajar telah disampaikan kepada ibu kepada Nur Asyikin baru-baru ini. Sama-sama kita doakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, InsyaAllah dan semoga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan dan meneruskan kehidupan dengan lebih kuat. Terima kasih warga IQRA’ atas sumbangan yang diberikan.

 

“AYAH..TERIMA KASIH ATAS DIDIKAN