PROGRAM GURU MUDA BERSAMA MRSM BALIK PULAU 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Anjuran : Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Teluk Bahang

Tarikh : 17 hingga 20 September 2013

Tempat: Maktab Rendah Sains Mara, Balik Pulau.

Program Guru Muda merupakan satu program yang dirancang bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar merasai pengalaman dan situasi belajar di sekolah yang hebat bersama-sama dengan pelajar yang memiliki keputusan cemerlang. Seramai 10 pelajar tingkatan 3 telah dipilih untuk menyertai program selama 4 hari tersebut. Mereka ditempatkan di kelas berasingan dan mengikuti setiap aktiviti di dalam kelas masing-masing. Pihak sekolah mendapat sokongan dan bantuan daripada Unit Bimbingan&Kaunseling di MRSM dan program ini telah menyuntik semangat baru kepada 10 pelajar ini untuk terus bersaing menjadi pelajar cemerlang dalam PMR. Pihak sekolah amat mengharapkan 10 pelajar ini pulang ke sekolah dan membantu rakan-rakan di kelas serta berkongsi segala ilmu yang telah dipelajari. Terima kasih diucapkan kepada pihak MRSM Balik Pulau kerana sudi menerima kedatangan kami dan semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

“GURU MUDA HARAPAN SEKOLAH"