KEM CAKNA PMR 2 BERFOKUS

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Anjuran : Anjuran Unit Bimbingan&Kaunseling, SMK Teluk Bahang

Tarikh : 20 hingga 21 September 2013

Tempat: Asrama SMK Teluk Bahang

Rentetan daripada kejayaan melaksanakan Kem Cakna PMR yang lepas, maka satu lagi kem telah diadakan beberapa hari yang lepas dan berfokus kepada beberapa subjek kritikal. Antara pengisian program adalah teknik menjawab subjek Kemahiran Hidup yang telah disampaikan oleh En. Dahlan Tabah B. Ahmad Babji yang merupakan guru cemerlang di SMK Jelutong, perbincangan soalan di dalam kumpulan-kumpulan kecil, penetapan sasaran dalam PMR, membuat peta minda dan slot Guru Muda. Pada malam hari pelajar yang terlibat denagn Program Guru Muda di MRSM Balik Pulau telah diberikan tugas untuk menjadi guru dan mengajar rakan-rakan yang lain. Mereka diletakkan kepada 4 stesen subjek iaitu Matematik Kertas 1 dan 2 serta Sains Kertas 1 dan 2. Motivasi diri diselitkan agar pelajar dapat menambahkan keazaman untuk berjaya. Semangat yang ditunjukkan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain amat dihargai dan guru-guru mengharapkan program kali ini dapat menambahkan lagi pengetahuan dan lebih yakin dan bersedia untuk menjawab peperiksaan dalam PMR kelak. Semoga cemerlang dalam PMR, InsyaAllah.

“PMR…KAMI LEBIH BERSEDIA”