HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN IQRA 2013

LAPORAN DARI: CIK NOOR YAZMIRA BT. ISMAIL (KAUNSELOR)

 

Tarikh : 21 September 2013

Tempat: Bilik Persidangan, SMK Teluk Bahang

Sebagai tanda meraikan kejayaan dan kecemerlangan para pelajar dalam pelbagai bidang sama ada kurikulum atau kokurikulum, satu majlis telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan Iqra’. Majlis tersebut berlangsung seawal jam 8.30 pagi dan dimulakan dengan pemeriksaan kawad kaki pelajar. Dalam ucapan tuan Pengetua, beliau memaklumkan mengenai pelaksanaan program SARANA iaitu Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa dan komuniti agar terlibat dalam pembelajaran anak di sekolah. Ucapan perasmian majlis pula telah disampaikan oleh YDP PIBG En. Abd. Majeed Bin Mohd Sheriff dan beliau menyeru kepada warga ibu bapa agar sentiasa mengambil berat tentang pendidikan anak-anak remaja masa kini. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderehati kepada pelajar-pelajar dan antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Pelajar Terbaik dalam Tingkatan, Anugerah Terbaik Mata Pelajaran, Anugerah Pelajar Mithali, Anugerah Kecemerlangan dalam Bidang Kokurikulum dan Taekwando Peringkat Kebangsaan. Majlis juga diselangselikan dengan persembahan daripada Kumpulan Tari Anak Gemalai Sulur. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat yang sudi datang dan tidak lupa kepada ibu bapa yang hadir untuk memberikan sokongan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang berjaya dan semoga sekolah kita menjadi sekolah yang lebih cemerlang di masa akan datang. InsyaAllah..

“PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH HEBAT”

 


 


Articles Categories

Kaunter Pelawat

3260496
TodayToday286
YesterdayYesterday1286
This WeekThis Week1032
This MonthThis Month25561
All DaysAll Days3260496
54.221.73.186

Makluman

Blog Panitia Pendidikan Islam boleh dilayari di http://pismktbg.blogspot.com
Pelbagai bahan rujukan dan koleksi soalan Pendidikan Islam dan Tasawur Islam boleh didapati di blog ini.